Selasa, 5 Mei 2015

PANTAI TEMALA

Tempat berkelah dan santai yang menjadi kebiasaan  buat aku dan keluargaku adalah di pantai Temala , sedeli johor.... perjalanan dari rumahku ke pantai temala memakan masa  1 jam , lebih kurang 72 km sampai di lokasi , jika dari bandar kota tinggi hanya 42 km , tak jauh mana pun ...  Setiap kali kesana aku akan keluar awal  sekitar 630 pagi... memang seronok dapat menghirup udara pagi yang segar, seblum sampai ke lokasi , kami sekeluarga singgah sebentar ke pekan sedeli untuk sarapan pagi.



 






















                 


































Selasa, 16 September 2014

JARANG DI TEMUI

Zaman terus berubah dari masa ke masa , hutan belantara kini dah betukar wajah  jadi kawasan perumahan dan kilang2, begitu pesatnya pembangunan di negara kita,  untuk generasi muda hari  ni,mungkin tidak berkesempatan untuk melihat khazanah alam yang kini sukar dan jarang ditemui

 
sekarang ni susah nak jumpa buah betik jenis ni...
kalau dekat kampung2 mungkin ada

pokok betik ni biasa boleh jumpa...



Bunga raya putih payah di jumpai...
kebiasaan kita tengok warna merah yang paling banyak orang tanam

Khamis, 15 Disember 2011

EXPEDISI BATU KAPAL


Khamis 8/12/2011, Percutian kali ini balik kekampung isterku(Terengganu) memberi satu pengalaman baru buat ku, aku berpeluang pergi melihat satu keajaiban Tuhan,dimana aku dapat melihat satu ketulan batu yang besar berbentuk sebuah kapal dan merasai sendiri pengalaman mendaki bukit, maklum lah aku ni orang bandar... tak biasa sangat dengan hutan2 ni... walau macam mana pun pendakian ni memang menyeronokkan walau pon berasa letih dan lengoh, banyak benda boleh dilihat dan dipelajari ....
Untuk ke Batu Kapal dari bandar kuala terengganu sekitar 70km saja, jika dari pekan kuala berang hanya lebih kurang 35km untuk sampai ke kaki bukit batu kapal,Perjalanan untuk ke Batu Kapal tidak lah begitu sukar , hanya memakan masa lebih kurang 1jam setengah saja untuk sampai ke Batu Kapal...



papan tanda ke batu kapal


0diggsdigg
8
email
Bersiap untuk masuk hutan  dan memulakan pendakian
aku hanya berdua sahaja dengan abang ipar..



fuh!!!! jenuh dan lenguh terasa....

berehat seketika

buang pacat dikaki, banyak sangat geli eeee......
lebih 30 ekor pacat yang menjamah darah dari betis ku,
 sehinggakan jadi gatal2 dan berkudis,membuatkan tidak boleh tidur
malam di buatnya

Dalam pendakian, banyak anak sungai dan jeram yang aku temui


Air jeram yang mengalir jernih dan bersih tanpa pencemaran

sungai ni berhampiran dengan batu kapal ,Kalau mandi sedap ni...sejuk...


ulat gelato pinang ( pangilan orang Terengganu ) nama lain aku
 tak tahu ....dengan apa yg diberitahu , ulat ni sesuai untuk mengubati
anak2 kembung perut,tak pasti pulak bagai mana penggunaannya...


tapak tapir / tenuk yang ku temui dalam perjalanan

Batu kapal pandangan sebelah hadapan


Batu kapal pandangan sebelah sisi


Batu kapal pandangan sebelah belakang


Sekitar 4.45 petang aku pon mula bergerk pulang, perjalanan pulang agak cepat sedikit sebab jalannya menuruni bukit,tak lah penat sangat berbanding semasa menaiki bukit...dalam perjalanan hujan turun dengan lebatnya suasana semakin gelap membuatkan aku rasa seram..kaki pulak sakit melecet akibat gigitan kasut but yang agak ketat , perjalanan ku agak lambat terhencot -hencot membuat aku jauh tertinggal kebelakang dalam kelebatan hujan.. akhirnya aku selamat sampai kebawah tempat mula2 pendakian, selesai menukar pakaian dan bersolat aku pun bergerak pulang.....tidak jauh dari situ ada sebuah warung, kami singgah seketika untuk minum bagi menghilangkan dahaga... aku sempat berbul2 dengan tuan punya warung , mengikut cerita dari tuan punya warong ,batu kapal yang kami kunjungi itu mempunyi kisah mesteri nya yang tersendiri, macam2  perstiwa yang menyeramkan belaku disitu terhadap pengujung batu kapal, ada yang terserempak dengan makluk yang menyeramkan ( hantu ) ,ada pulak yang ambil gambar disitu semua gambarnya tak menjadi dan lain2 .... alhamdulilah.. aku hanya berdua sahaja dengan abang ipar ,tak  jumpa apa2 pun....


Objek2 aneh yang ku temui dalam kemera, diambil secara tidak
 sengaja,berbentuk raut wajah manusia...


Objek  seorang wanita bertudung dengan beg disisi, memakai baju
 berwarna putih,dalam hutan... mana ade awek... sorang lak tu..kot2
 nak gi super market tak ?....,dalam hutan mana ade semua tu...


objek makluk sedang duduk diatas batu,sambil menutup mukanya dengan kain.


"sesungguhnya.....
manusia ,
jin dan iblis 
adalah makluk allah"



Ahad, 30 Oktober 2011

PANTAI PENYABUNG - MERSING

          Pagi ni aku bangun tidur awal sikit dari pada biasa, jam didinding menunjukan sekitar 4.00 pagi. rancangan aku dan keluarga pada hari ini adalah untuk bersantai  ke Pantai Penyabung Mersing,segala persiapan telah ku buat sejak petang semalam lagi, untuk mengelakan dari kelamkabut, , enjin kereta telah pun ku hidupkan, hanya tinggal mengisi barang sahaja  kedalam kereta,setelah selesai solat subuh kami pun bergerak, sekitar 6.00 pagi...

Dalam perjalan, suasana agak sejuk dan berkabus tebal,
sebab malam tadi hujan lebat sangat..


Sampai di pekan mersing



                                                                        Teluk Sari,


Bagiku tempat ni memang cantik dan meninggalkan banyak kenangan ......




aku pernah kesini pada tuhun 1992 & 1994 dalam satu progeram  Belia



Perjalan dari teluk sari ke Pantai Penyabung melalui jalan kampung


Persimpangan  ke pantai penyabung...



Dah sampai pun.....nak cari tempat parking kereta..
dan sarapan pagi



Berhenti seketika untuk sarapan pagi....
sedang menunggu pesanan makanan


Pulut panggang dan nasi lemak serta sata ikan, menu utama di sini...



Nasi Lemak buah bidara.....



Lokasi tempat aku menginap...











Aku sempat ambil gambar, sebuah bot diatas tanah
yang dijadikan tempat penginapan / chalet






ini lah keluarga ku...



Rehat sebentar sambil melihat pantai ....



Bersiap nak pergi memancing....



Jeti utama pantai Penyabung,
pusat pendaratan hasil laut,dan aktiviti ke pulau serta
aktiviti memancing laut dalam...

aktiviti memancing di atas jeti



Pemunggahan ikan dari Bot Nelayan ...



 
Yang ni..jiran sebelah tempat aku menginap... pakar pancing tepi pantai
tengok dia punya hasil tangkapan.....



Hasil memancing..



Salah satu lubuk ikan...



fuh!................ besarnya...






Kecil pon keci lah... janji ada...hehehehehe...





Jeti nelayan....dimana semua bot nelayan di tempatkan disini

lokasi ini sering di kunjungi pemancing





ketika air surut




Berkemas untuk pulang....




Dalam perjalaan pulang...





Sesungguhnya Pantai Penyabung memberikan ketenangan dan keseronokan ...
keindahannya menggamit ramai pengunjung datang dengan pelbagai tujuan , sama ada ke pulau, ke laut untuk memancing dan ke kelong , bila hujung minggu dan musim cuti sekolah ,
 chalet semua penuh , kena buat tempahan awal2...